Sunday, October 14, 2012

ULANGKAJI SEJARAH SIRI 17 SEJARAH SPM 2012


Bab 10 TG 4 ( Dasar British terhadap pertanian, Kesan-kesan dasar Ekonomi British)

Penggunaan tanah sebelum kehadiran British

Kata kunci
Huraian
Tidak
Tanah tidak menjadi persoalan utama dalam kehidupan harian masyarakat Melayu.
Luas
Hal ini kerana wujud kawasan tanah yang luas,sedangkan kepadatan penduduk adalah rendah
Pembesar
Para pembesar menentukan kadar cukai, aktiviti ekonomi dan memberi kebenaran mengusahakannya.
Tunggak
Tanah merupakan sumber ekonomi/tunggak kuasa politik/mencerminkan kedudukan sosial pembesar
Milik
Sesebuah kawasan tanah itu akan menjadi milik seseorang yang meneroka dan yang mengerjakan tanah tersebut
Diwarisi
Tanah tersebut boleh diwarisi kepada generasi kemudiannya.

Perubahan yang dilakukan British dalam peraturan tanah semasa penjajahan mereka

Kata kunci
Huraian
Ekonomi
Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi bagi penjajah
Tatacara
Tatacara pemilikan tanah diubah
Sistem
Sistem pemilikan tanah secara tradisional dianggap tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat
Rekod
Sistem tanah dalam kalangan masyarakat Melayu dikatakan tidak mempunyai rekod / catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan.
Cagaran
Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal
Undang-undang
British memperkenalkan undang-undang tanah 
Perak
British memperkenalkan Peraturan Tanah Perak 1879.
Selangor
Kanun Tanah Selangor di Selangor pada tahun 1891.
Sg.Ujung
Di Sungai Ujung diperkenalkan Peraturan Tanah Sungai Ujung(1887)
Komersial
British membahagi tanah mengikut kegunaan dan nilai komersialnya seperti tanah ladang/tanah peribumi/tanah perlombongan.
Cukai
Kadar cukai yang dikenakan terhadap tanah bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki/diusahakan
TSM
British telah mengadakan Akta Tanah Simpanan Melayu di Tanah Melayu

Perubahan yang dilakukan British dalam peraturan tanah ke atas penduduk di  Tanah Melayu

Kata kunci
Huraian
Kebenaran
Individu/syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan tidak lagi perlu meminta kebenaran daripada pembesar Melayu lagi.
Pejabat
Pemohonan perlu dibuat di Pejabat Tanah
Mengutip
Masyarakat tempatan juga perlu mendapat kebenaran  daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan
Residen
Kuasa besar telah diberikan kepada Residen untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada pemodal
Wang
Dasar British ini telah membawa kepada perkembangan ekonomi wang
Cukai
Contohnya, orang Melayu mesti membayar cukai terhadap hasil hutan
Bayar
Semua urusan jual beli/cukai/sewa tanah/barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
Tengah
Hal ini menjadikan orang Melayu di luar bandar terpaksa menggunakan orang tengah untuk meminjam wang.
Jual

Akhirnya, ramai orang Melayu terpaksa menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang mereka.

Akta Tanah Simpanan Melayu

Kata kunci
Huraian
MMP
Akta TSM telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1913
Mendakwa
British mendakwa peraturan ini adalah untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi/sosial/politik orang Melayu.
Berpindah
Akta ini bertujuan mengelak tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing
Residen
Melalui akta ini, Residen berkuasa mengisyharkan mana-mana kawasan tanah milik orang Melayu sebagai TSM.
Menyelamatkan
Pengisytiharan ini akan menyelamatkan tanah di kawasan tersebut daripada dijual/dipajak gadai/ditukar milik kepada orang bukan Melayu.
Sebenarnya
Akta ini sebenarnya melindungi kepentingan ekonomi penjajah British
Melarang
Akta ini juga melarang orang Melayu daripada menanam sebarang tanaman komersial di kawasan TSM.
Subur
Kebanyakan kawasan yang diisytiharkan sebagai TSM juga tidak subur
Ladang
Walaupun kawasannya besar, namun tidak sesuai digunakan untuk kegiatan ekonomi perladangan.
Kecil
Jika adapun kawasan yang subur, keluasannya pula kecil.

Peraturan tanah yang terdapat di Sarawak dan Sabah

Kata kunci
Huraian
Land Order
Di Sarawak, diperkenalkan Land Order  bagi melindungi tanah pribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina
LSO
Land Settlement Order diperkenalkan juga untuk melindungi tanah pribumi
Proklamasi
Di Sabah, Proklamasi III pelindungan Hak Pribumi telah diwartakan oleh British
Pegawai
Peraturan ini memberi kuasa kepada Pegawai Daerah  bagi melindungi hak tanah pribumi

Tindakan British bagi memastikan orang Melayu tidak mengusahakan tanaman komersial

Kata kunci
Huraian

TSM
Mengadakan Akta Tanah Simpanan Melayu dengan melarang orang Melayu menanam tanaman komersial sebaliknya tanah tersebut hanya untuk penanaman padi
Enakmen
Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi pada tahun 1917 yang melarang penanaman getah(tanaman komesial) di kawsan penanaman padi.
Pekebun
British berusaha mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil/ orang Melayu dalam sektor penanaman getah.
Premium
Premium untuk permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dinaikkan.
Larang
Pada tahun 1930 an, pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang British.
RPGA
Dalam Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa , pekebun kecil orang Melayu diberi kuota yang lebih rendah dalam pengeluaran getah kerana dianggap sebagai ancaman kepada pengusaha ladang/orang Eropah.

Tindakan British bagi memastikan Tanah Melayu tidak bergantung kepada  pengimportan beras dari luar negara 
Kata kunci
Huraian
Enakmen
Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi pada tahun 1917 yang melarang penanaman getah(tanaman komesial) di kawasan penanaman padi.
Parit
Menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air bagi membaiki sistem peparitan

Buktikan bahawa British mengabaikan nasib rakyat tempatan dalam pembangunan ekonomi
semasa zaman penjajahan

Kata kunci
Huraian
Komprador
British lebih mengutamakan ekonomi mereka sendiri /ekonomi peladang besar/kelas komprador
Skim
Polisi kerajaan British yang menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim peladangan telah meminggirkan golongan pekebun kecil Melayu
Kewangan
Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak ditawarkan kepada pekebun kecil
Stevenson
Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa dan Rancangan Sekatan Stevenson juga tidak mengambil kira nasib pekebun kecil


KESAN-KESAN DASAR EKONOMI BRITISH

Masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu 

Kata kunci
Huraian
Petempatan
Wujudnya pertempatan berbeza ikut kaum
Pekerjaan
Jenis pekerjaan berbeza ikut kaum
Bahasa
Bahasa pertuturan yang berbeza
Perpaduan
Perpaduan tidak wujud
Interaksi
Tiada interaksi meluas antara kaum
Jurang
Jurang ekonomi juga meluas
Pendidikan
Wujud pendidikan vernakular masing-masing
Agama
Agama berbeza
Sosial
Kehidupan sosial berbeza

Pembandaran

Kata kunci
Huraian
Ekonomi
Pertambahan fungsi ekonominya
Penduduk
Pertambahan penduduk
Pelbagai
Menjalankan pelbagai fungsi seperti  pusat pentadbiran/perbank/pusat kegiatan ekonomi
Kemudahan
Adanya kemudahan jalan raya/ bekalan air bersih/sekolah/bank/pusat kegiatan ekonomi
Strategik
Kedudukan strategik/menghubungkan beberapa buah bandar
Perhubungan
Kemajuan dalam sistem perhubungan
Pertanian
Perkembangan pertanian komersial/getah
Perlombongan
Faktor perlombongan- Perkembangan perlombongan bijih timah/minyak petroleum
pelabuhan
Kawasan pelabuhan
pengumpulan
Pusat pengumpulan dan pengeksport hasil seperti lada hitam/gambir

Fungsi bandar baru

Kata kunci
Huraian
Ekonomi
Pusat kegiatan ekonomi penjajah
Lombong
Tempat pengumpulan hasil lombong
Keperluan
Tempat mendapatkan keperluan harian
Pentadbiran
Pusat pentadbiran
Perniagaan
Pusat perniagaan
Perbankan
Perbankan
Petempatan
Tempat pertempatan penduduk
Pengumpulan
Pusat pengumpulan hasil pertanian komersial
Penghubung
Tempat persimpangan dan penghubung beberapa bandar lain
Pelabuhan
Berperanan sebagai bandar pelabuhan

Sistem pendidikan vernakular

Kata kunci
Huraian
Ibunda
Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai pengantar
Kaum
Berorientasikan kaum
Sukatan
Kurikulum/sukatan pelajaran mengikut keperluan kaum masing-masing
Buku teks
Kurikulum/sukatan pelajaran / buku teks diambil dari negara asal
Guru
Guru diambil dari negara asal









Ciri-ciri pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British 

Sistem vernakular Cina
Kata kunci
Huraian
Biayai
Dibiayai oleh saudagar dari China
Dialek
Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar
Guru
Guru/buku/sukatan pelajaran dari China
Enakmen
Bagi menyekat pengaruh komunis kerajaan mengadakan Enakmen Pendaftaran Sekolah
kawal
Melalui enakmen ini, sekolah Cina dikawal oleh British

Sistem vernakular Tamil
Kata kunci
Huraian
Sedia
Disediakan oleh kerajaan British
ladang
Jika di ladang, dibiayai oleh pihak pengurusan ladang
Guru
Guru/buku/sukatan pelajaran dari India
Orientasi
Berorientasikan di negara India
Tamil
Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar

Sistem  pendidikan vernakular gagal memupuk perpaduan kaum semasa penjajahan British.

Kata kunci
Huraian
Pendidikan
Sistem vernakular menyediakan pendidikan yang berbeza-beza
Bahasa
Menggunakan bahasa pengantar yang berbeza-beza
Perpaduan
Pendidikan tidak mengutamakan perpaduan
Asimilasi
Murid-murid tiada asimilasi/interaksi/terpisah
kurikulum
Kurikulum berbeza

Tujuan Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan 

Kata kunci
Huraian
Cepat
Mempercepatkan pengangkutan hasil bijih timah/getah
Pelabuhan
Menghubungkan kawasan perlombongan/ladang dengan pelabuhan
Hubung
Menghubungkan Pantai Barat dengan Pantai Timur atau utara dan selatan Tanah Melayu
Tanah
Menggalakkan pembukaan tanah baru di pedalaman
Mudah
Memudahkan perhubungan
Pelaburan
Menggalakkan pelaburan asing
Maju
Untuk memajukan ekonomi
penumpang
Membawa penumpang/buruh

Perkembangan sistem  pengangkutan jalan keretapi  semasa  penjajahan British di Tanah Melayu.

Kata kunci
Huraian
Mempercepatkan
Jalan kereta api digunakan untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan lombong ke pelabuhan.
Pertama
Jalan kereta api pertama dibina   untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld.
Perlombongan
Jalan kereta api   dibina menghubungkan kawasan perlombongan dengan bandar atau pelabuhan.
Contoh
Kuala Lumpur dengan Port Swettenham / Seremban dengan Port Dickson / IpohTapah Road dengan Telok Anson.
Semua
Pada tahun 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Selangor, dan  Negeri Sembilan mempunyai perkhidmatan kereta api.
Siam
Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam  disiapkan pada tahun 1918
Timur
Jalan kereta api di bahagian Timur yang menghubungkan  Gemas, Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah siap dibina pada tahun
Singapura
Menjelang tahun 1923, jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung  hingga ke Singapura.
Pembukaan
Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
Melabur
Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas pembinaan jalan kereta api.
Muatan
Perkhidmatan kereta api mempercepatkan pengangkutan /  membawa muatan yang banyak

Usaha yang dijalankan oleh British untuk mengawal wabak penyakit  berjangkit.

Kata kunci
Huraian
Hospital
Menubuhkan hospital   
Pusat
Menubuhkan pusat kesihatan
Terawal
Hospital terawal dibina di Taiping /  Kuala Lumpur
Perak
Di Perak, hospital dibina di Tanjung Malim / Batu gajah / Gopeng / Kerian / Kuala Kangsar
Sabah
Beberapa hospital di bina di Sabah
Sarawak
Di Sarawak, perkhidmatan perubatan tertumpu di Kuching
Penyelidikan
Usaha mengawal penyakit dilakukan melalui penyelidikan
Institut
Didirikan Institut Penyelidikan Perubatan (Institute For Madical Research)   di Kuala Lumpur.
Punca
Institut ini bertanggungjawab mengkaji punca penyakit
Pencegahan
Mengkaji langkah-langkah pencegahan yang patut diambil
Sanitari
Menubuhkan Sanitary Board
Kebersihan
Untuk mengawal kebersihan / kesihatan di bandar Kuala Lumpur / di beberapa buah bandar di Perak.
Bahagian
Fungsi Sanitary Board dipecahkan kepada dua bahagian. 
Tanggungjawab
Tanggungjawab menjaga kebersihan Bandar dijalankan sehingga Perang Dunia Kedua.
Jabatan
Tanggungjawab aspek kesihatan telah diambil alih oleh Jabatan Kesihatan.