Saturday, February 4, 2012


Sila klik video di atas.... untuk  menguasai tajuk campurtangan British di negeri-negeri Melayu.

Bab 2, Tingkatan 5

Belajar menggunakan E-Tuisyen......

sila Klik

Bab 2, Tingkatan 5

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA
PERANG DUNIA KEDUA


Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga
Perang Dunia Kedua.


1. Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan
• British meletakkan seorang Residen
• Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
• Pembesar diberikan pencen
• Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
• Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar
sistem tempatan/amalan tradisi
• Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British


2. Perkembangan sistem pendidikan
• Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang
kemajuan bangsa
• Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan
British
• Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk
menyedarkan bangsa Melayu
• Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak
penjajahan




3. Dasar British dalam sistem pentadbiran
• Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
• Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
• Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran
di Tanah Melayu
• Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
• Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan
perniagaan.
• Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh
British
• British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala
kekurangan
Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan
pos/telefon/sekolah/hospital
• Telah meningkatkan taraf hidup di bandar


4. Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.
konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara
negara Asia
• Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan
persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
• Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk
memerdekakan Tanah Melayu
Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman
pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci
penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
• Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
• Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun

5. Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945
membangkitkan semangat menentang penjajah
• PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
• Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap
penyokong Jepun
• Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
• Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang


6. Kemunculan mesin cetak
• Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
Mendorong kepada penentangan terhadap British
• Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang
penjajah dapat disebarkan.

7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran
semangat kebangsaan
• Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan
pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
• Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
• Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-
Azhar, Mesir telah tersebar luas
• Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara
hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
• Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
• Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang
sama

8. Kesedaran Politik Serantau
Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah
mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
• Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah
melahirkan ramai golongan intelektual
Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan
masyarakat di Tanah Melayu
Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar
luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan
unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu