Monday, November 14, 2011

Soalan dan Jawapan. (GERAKAN INTERAKSI SET 6)

Ini merupakan soalan Percubaan Negeri P.Pinang 2011...ditaip semula dan nampaknya soalan negeri ini  ada kelainan dibandingkan dengan soalan negeri-negeri lain ......AMAT   berguna untuk SPM anda........sila baca, faham dan kuasai dengan baik.....

Tajuk : Tamadun China dan Tamadun India (Bab 2 : tingkatan 4)

1a. Apakah tujuan pendidikan dalam tamadun India?

  • menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
  • meningkatkan ilmu sains
  • menambah ilmu
  • mengatasi buta huruf
  • mendapat jawatan dalam pemerintahan
1b. Bagaimanakah seseorang itu boleh mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan?
  • menghafal pelbagai buku agama
  • khususnya Veda
  • yang mengandungi peraturan ritual/mantera/lagu-lagu agama
  • mempelajari karya sainstifik/falsafah
1c. Nyatakan ciri-ciri pendidikan dalam tamadun China mengikut peringkat berikut:
     (i) Peringkat rendah.
  • tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami makna
     (ii) Peringkat Menengah
  • tumpuan terhadap karangan dan sastera
     (iii) Peringkat Tinggi
  • tumpuan menterjemah buku suci
1d. Bagaimanakah peperiksaan awam China dijalankan?
  • dikendalikan dengan ketat
  • meniru dikenakan hukuman mati
  • pemeriksa akan dikurung sebelum hari peperiksaan untuk elak penipuan
  • calon ditempatkan dalam bilik
  • makanan disediakan
  • calon dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan
1e. Pada pendapat anda, apakah matlamat sistem pendidikan di negara kita pada hari ini?
  • menekankan masyarakat penyayang
  • menekankan teknologi tinggi
  • menekankan kemahiran
  • menekankan hidup bersatu padu
  • (mana-mana yang difikirkan munasabah dan berkaitan)

Tajuk Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain di dunia (Bab 6, Tingkatan 4)
2a. Namakan tamadun lain di dunia yang bertembung dengan tamadun Islam.
  • Tamadun Yunani
  • Tamadun Rom
  • Tamadun Parsi
  • Tamadun Eropah
  • Tamadun India
  • Tamadun China
  • Tamadun Mesopotamia
  • Tamadun Mesir Purba
2b. Tuliskan dua cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
  • Perdagangan/perniagaan
  • hubungan diplomatik
  • penaklukan/ketenteraan
  • kebudayaan
  • intelektual
2c. Jelaskan dua kesan pertembungan dari satu sudut keagamaan yang dapat memberi sumbangan kepada peradaban manusia.
  • Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya dan juga mereka di bawah taklukannya
  • Islam membawa satu nilai akidah/syariah
  • Kepercayaan kepada Allah s.w.t
  • Islam menyediakan sistem perundangan berdasarkan al-Quran dan hadis
  • Islam mudah diterima kerana bersifat sarwajagat
  • Ajaran Islam tidak terbatas kepada bangsa atau kawasan geografi
  • Islam juga tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat.
2d. Namakan dua orang cendekiawan Islam yang terkenal dalam bidang ilmu mantik dan falsafah.
  • Ibnu Sina
  • Al-Kindi
  • Al-Razi
  • Ibn al-Arabi
  • Ibn Rushd
  • Imam Ghazali
2e. Sebagai seorang pelajar, apakah peranan anda untuk memastikan kegemilangan sesebuah tamadun itu sentiasa terpelihara?
  • meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan
  • berfikiran terbuka
  • sanggup menerima perubahan yang membawa kebaikan
  • menghormati budaya dan adat resam kaum lain
  • berkemahiran tinggi
  • berdisiplin
  • berkeyakinan
  • bekerjasama
  • berinovasi
  • inovatif
  • kreatif
  • memupuk perpaduan
  • (mana-mana yang munasabah)

Nasionalisme di Asia Tenggara (Bab 1, Tingkatan 5)

3a. Apakah maksud nasionalisme?
  • perasaan cinta akan bangsa dan negara
  • gerakan membebaskan tanah air
  • tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik
  • pembebasan daripada cengkeman ekonomi/kebudayaan asing
3b. Berikan satu faktor yang menyebabkan tercetusnya gerakan nasionalisme di Thailand.
      Tahap 1
  • Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik  oleh kerabat diraja
  • penentangan terhadap raja berkuasa mutlak
  • perkembangan sistem pendidikan barat
  • pendedahan terhadap fahaman liberal
  • sistem demokrasi
  • sistem raja berperlembagaan
  • kelemahan  sistem pentadbiran
  • sikap boros raja Vajiravudh
      Tahap 2
  • rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi kapitalis barat
  • rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi orang cina
3c. Senaraikan cara Phibul Songram memajukan sosio ekonomi pribumi di Thailand
  • meluluskan undang-undang
  • menyekat kebebasan / penguasaan ekonomi orang cina
  • sekolah cina dibubarkan
  • akhbar cina dibubarkan
  • penduduk pribumi  digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
  • jawatan tertinggi dalam kerajaan diberikan kepada penganut Budha
3d. Bagaimanakah pengenalan birokrasi barat mampu mempertahankan kedaulatan Thailand?
  • pemerintah/pentadbir yang moden dan cekap
  • kuasa barat tiada alasan campurtangan
  • menggunakan kepakaran pelbagai negara barat/80 penasihat barat
  • persaingan kuasa barat menyelamatkan Siam
  • Wujud pentadbir berpendidikan Barat
3e. Pada pendapat anda mengapakah semangat nasionalisme perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi?
  • dapat mengekalkan kedaulatan negara
  • memperkukuh taat setia kepada negara
  • memupuk taat setia kepada pemerintah
  • memupuk perasaan bangga pada negara
  • muncul semangat ingin meningkatkan imej negara
  • negara akan aman damai
  • rakyat hidup bersatu padu
  • rakyat mematuhi undang-undang negara
  • dapat memupuk semangat jati diri
  • mewujudkan kestabilan negara
  • wujud rasa sayang akan negara
  • rela mempertahankan maruah negara.
Soalan 4 (berkaitan dengan Dasar Pembangunan Sosial - Bab 8 , tg 5 iaitu memartabatkan BM, Sukan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan) tidak dimasukkan di sini kerana sudah ada dalam soalan ujian di dlm blog ini.

Bahagian B
Soalan 5 : Bab  5 tingkatan 4: Penyebaran Islam, ms 129-131.
5a. Jelaskan prinsip peperangan yang dibenarkan dalam Islam. (10 markah)
  • Allah s.w.t telah memberi keizinan untuk berperang
  • Setelah wahyu diturunkan oleh Allah
  • berperang setelah diserang oleh musuh
  • mencari kemanan
  • supaya tempat ibadat terjaga
  • menjaga maruah negara
  • tidak memusnahkan harta benda
  • menentang kezaliman
  • mempertahankan diri
  • Islam menganjurkan perdamaian
  • di medan perang, tentera Islam dilarang membunuh
  • orang yang lemah
  • orang tua
  • kanak-kanak
  • wanita
  • orang yang sakit
  • orang yang menyerah diri
  • orang yang tidak berdoasa
  • dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan
  • tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
  • dilarang meroboh tempat ibadat
  • akhlak tentera Islam mestilah mulia
  • saling bertolak ansur
  • menunjukkan teladan yang baik
5b. Terangkan konsep toleransi dalam perang Badar.
  • tawanan Arab Quraisy dalam perang Badar diampunkan
  • tawanan wanita dibebaskan
  • tawanan kanak-kanak dibebaskan
  • tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri
  • tawanan lelaki yang berjaya mengajar 10 orang kanak-kanak Islam
  • membaca dan menulis sehingga pandai akan dibebaskan
5c. Pada pandangan anda mengapakah kita perlu berusaha mengelakkan peperangan?
  • untuk mengekalkan kemanan
  • mewujudkan kestabilan politik
  • mengelak kemusnahan harta benda
  • mengelak inflasi
  • mengelak korban nyawa manusia
  • mengelak orang awam menjadi mangsa
  • mengelak pengangguran
  • menjamin kelestarian tamadun manusia.
  • (mana-mana jawapan munasabah)
Soalan 6 (berkaitan dengan Bab 10 : kemasukan imigran) ada dimasukkan dalam Gerakan Interaksi Sejarah Set 5)

Soalan 7 (berkaitan dengan Bab 2 tg 5 :Gerakan Islah, Kaum Muda)

7a. Apakah yang anda faham dengan Gerakan Islah?
  • gerakan yang mendorong masyarakat melayu supaya memperbetulkan pandangan mereka terhadap Islam
  • dipelopori oleh intelektual Melayu dari Timur Tengah/Al-Azhar/Kaherah
  • Gerakan dipimpin oleh Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr Burhanudin al-Helmy
  • Golongan ini dikenali sebagai kaum muda
  • akhbar dan majalah diterbitkan sebagai saluran gerakan Islah
  • contoh, al-Imam, Neraca, Idaran Zaman dan Pengasuh
7b. Huraikan matlamat perjuangan kaum muda dalam Gerakan Islah di Tanah Melayu
  • menyampaikan idea/menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
  • menggesa orang Melayu memajukan ekonomi
  • pendidikan
  • politik
  • sosialorang Islam
  • mengkritik raja yang tidak  berperanan penting memajukan orang melayu
  • menghadapi penentangan kaum tua
  • kaum tua merupakan golongan alim ulama
  • menekankan soal fardhu ain / akhirat sahaja
  • bergerak baik di negeri-negeri Selat sahaja
  • negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh kaum  muda melalui undang-undang
  • menghalang sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan
  • menghalang risalah/ buku kaum muda dibawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
  • mendirikan madrasah
  • menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan dunia dan akhirat
  • Fardhu ain, ilmu hisab/bahasa inggeris diajar kepada kanak-kanak
  • memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapatkan pendidikan
  • menyemat sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran 
7c.  Pada pandangan anda, mengapakah akhbar, majalah dan novel memainkan peranan penting dalam menggerakkan nasionalisme di Tanah Melayu?
  • menyebarkan isu berkaitan sosial, ekonomi / politik
  • pembaca mendapat idea baru
  • pendedahan yang banyak tentang gerakan nasionalisme di dalam / luar negara
  • dapat menilai kesan penjajahan terhadap kemajuan ekonomi/pendidikan/politik
  • menjadi media utama bacaan rakya
  • mudah diperoleh
  • menyampaikan mesej yang jelas tentang semangat kebangsaan
  • (mana-mana jawapan yang munasabah)
Soalan 8 merupakan faktor-faktor pembentukan Malaysia. Pelajar boleh melihat soalan ini lebih kurang sama dengan Peperiksaan Penggal 1 2011.(ada dalam blog ini)

Soalan 9 (merupakan bab 9 iaitu tajuk Perang Dunia 1 - ada dimuatkan dalam Soalan Zon B 2011 , ada dlm blog ini juga)

HARAPAN KEPADA SEMUA CALON SEJARAH SPM : SEMOGA KEJAYAAN BERSAMA ANDA.......
UNTUK MAKLUMAN PELAJAR ST THOMAS, SOALAN-SOALAN DARI NEGERI-NEGERI LAIN SEBENARNYA ADA ANTARANYA YANG SUDAH DIMASUKKAN DALAM SET 4 DAN SET 5. MISALNYA SOALAN 1 P.PINANG ADA DLM SET 5. OLEH ITU KUASAI SEMUA SET YANG CIKGU BERIKAN. OK...SALAM MAJU JAYA.

No comments: