Friday, October 14, 2011

SAMBUNGAN, GERAKAN INTERAKSI SEJARAH UNTUK SPM 2011 .



BACA, FAHAMKAN, KUASAI, INGAT DAN BUAT LATIH TUBI MEMORI ANDA.

BAB 1 (SEJARAH TG 5)

1. Apakah perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia
-      pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
-      pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
-      pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
-      pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
-      Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
-      Belanda menubuhkan dewan tempatan
-      dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
-      dewan tempatan tiada kuasa perundangan
-      Belanda menubuhkan Volksraad
-      Volksraad merupakan majlis rakyat

2. Apakah dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh penjajah ke atas negara berikut?
(i) Indonesia : Sistem Tanaman Paksa
(ii) Filipina : Sistem Polo

3. Nyatakan kesan perlaksanaan sistem birokrasi Barat terhadap pemerintahan tradisional negara-negara
di Asia Tenggara.
Pusat - Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
Satu - Penyatuan pentadbiran telah menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional
Pengaruh - Pengaruh golongan pembesar tradisi merosot
Bahagi - Pentadbiran Indonesia terbahagi kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
Dinasti - Berakhirnya Dinasti Konbaung di Burma
Singkir - Institusi raja di Burma tersingkir
Jawatan - Jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus
Akta - Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma
Golongan - Pengaruh golongan agama merosot
Majlis - Penubuhan Majlis Perundangan dan jabatan di Burma
Undang - Pengaruh undang-undang Barat
Cukai - Perlaksanaan sistem pembayaran cukai
Polis - Penubuhan balai polis
Raja - Pengaruh sistem raja berperlembagaan di Thailand
Kekal - Institusi raja masih kekal tapi peranannya berkurangan
Ambil - Birokrasi Barat mengambil alih peranan raja dan pembesar
Cetus - Tercetus gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
Gabenor - Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
Biro - Perlaksanaan pentadbiran melalui biro
Pegawai - Pegawai Barat sebagai ketua biro

4. Nyatakan dua akta yang diperkenalkan oleh British di Burma untuk melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional.
- Akta Kampung Ulu Burma 1887
- Akta Perkampungan Burma 1889

5. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
Cinta - Perasaan cinta akan bangsa dan negara
Gerakan - Gerakan membebaskan tanah air
Bebas - Pembebasan dari segi politik, ekonomi dan kebudayaan asing

6. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.
Dasar - Pengenalan dasar penjajahan Barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat
Ekonomi - Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional
Imigran - Kemasukan imigran telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan kerana penguasaan mereka dalam ekonomi dagangan
Agama - Pengaruh agama telah berjaya menyatu-padukan rakyat tempatan
Pemimpin - Muncul pemimpin di kalangan golongan agama, seperti Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu serta Persatuan Belia Buddha di Burma
Sastera - Hasil karya sastera yang menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah telah membangkitkan kesedaran
Pendidikan - Sikap penjajah yang mengamalkan pilih kasih dalam Pendidikan
Bahasa - Menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa penghantar
Had - Pendidikan terhad kepada golongan tertentu sahaja
Intelektual - Kemunculan golongan intelektual yang berpendidikan dari Barat dan Timur mencetus gerakan nasionalisme
Media - Pengaruh media masa seperti akhbar dan majalah yang menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan anti penjajah
Temu - Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan memudahkan mereka bertemu dan berhubung antara satu sama lain dengan cepat
Jepun - Pengaruh luar seperti kejayaan Jepun menglahkan China dan Rusia
Ghandi - Perjuangan Mahatma Ghandi telah menjadi inspirasi kepada nasionalis

7. Bincangkan perkembangan gerakan nasionalisme tahap ke dua di Filipina?
Katipunan - Penubuhan Katipunan oleh Andres Bonifacio telah memulakan gerakan radikal
Satu - Matlamat Katipunan untuk menyatukan bangsa Filipina
Merdeka - Mencapai kemerdekaan melalui revolusi
Media - Menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
Kalayan - Kalayan merupakan akhbar rasmi Katipunan
Revolusi - Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan sepanyol tetapi gagal
Bonificio - Bonificio di hukum mati oleh Emilio Aguinaldo
Aguinaldo - Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika untuk mengusir Sepanyol dan berjaya
Amerika - Penguasaan Amerika terhadap Filipina
Sah - Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo tidak disahkan oleh Amerika
Politik - Kerajaan Amerika membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana
Dewan - Dewan Perhimpunan diketuai oleh Sergio Osmena
Pilihanraya - Parti Nasional memenangi pilihanraya pada tahun 1907
Perlembagaan - Filipina menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan

8. Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada negara lain di Asia Tenggara yang bersifat anti penjajah. Jelaskan.
Sifat - Gerakan tidak bersifat antipenjajah
Gelisah - Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik kerabat di raja
Mutlak - Penentangan rakyat terhadap raja berkuasa mutlak
Boros - Menentang kelemahan sistem pemerintahan dan sikap boros Raja Vajiravudh
Revolusi - Melancarkan Revolusi Thai oleh parti rakyat untuk menamatkan raja berkuasa mutlak
Ekonomi - Gerakan tahap kedua akibat rasa tidak puas hati rakyat, penguasaan ekonomi oleh
kapitalis Barat dan China
Lulus - Phibul Songram meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi oleh orang China, sekolah China dan akhbar China
Galak - Phibul Songram menggalakan penduduk tempatan melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan ekonomi
Jawatan - Semua jawatan tinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut Buddha
Nama - Phibul Songram telah menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas
Jepun - Hasil kerjasama Jepun dalam Perang Dunia ke dua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan Tanah Melayu

9. Bandingkan perbezaan gerakan nasionalisme tahap pertama dan tahap kedua di Asia Tenggara.
Nasionalisme Tahap Pertama
Terbuka - Penentangan masyarakat secara terbuka
Organisasi - Tidak berorganisasi
Tempatan - Bersifat tempatan
Isu - Isu Budaya,agama dan hak rakyat tempatan
Pemimpin - Pemimpin terdiri daripada golongan pertengahan yang berpendidikan Barat
Kesedaran - Memberi Kesedaran politik
Kemerdekaan - Tidak menuntut kemerdekaan dengan segera

Nasionalisme Tahap Ke Dua
Radikal - Bersifat radikal
Organisasi - Mempunyai organisasi dan pemimpin
Pemimpin - Pemimpin yang berpendidikan Barat
Merdeka - Menuntut kemerdekaan dengan segera
Kerajaan - Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat

BAB 2  (SEJARAH TG 5)
1. Berikan alasan Syarif Masahor menentang James Brooke di Sarawak
- Syarif Masahor menolak penguasaan James Brooke di Sungai Rajang pada tahun 1857
- Syarif Masahor kehilangan kuasa memungut cukai
- Syarif Masahor kehilangan pengaruh terhadap penduduk tempatan

2. Mengapakah penentangan pemimpin tempatan terhadap British akhirnya menemui kegagalan?
- Kekurangan ilmu pengetahuan
- Kekurangan senjata
- Bersifat kedaerahan
- British menggunakan Sultan untuk menentang kebangkitan penduduk tempatan

3.Terangkan dengan jelas corak penentangan yang dibuat oleh Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya di Terengganu
Tanah - Hj. Abd. Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di Kuala Telemong, tanpa menghiraukan peraturan tanah British
Tengku - Kira-kira 300 orang penduduk kampong berkumpul dan membuka tanah milik Tengku. Nik Maimunah
Surai - Hal ini membimbangkan British, namun dapat disuraikan atas jasa Tengku. Nik Maimunah
Lancar - Kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British menyebabakan mereka melancarkan penentang bersenjata
Bangunan - Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang berjaya mendudukinya
Telemong - Kumpulan di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan menentang British
Hantar - British telah menghantar tiga orang pembesar membawa perintah sultan menawan semula Kuala Berang
Tumpas - Seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan
Serang - Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura
Buang - Beliau ditahan dan dibuang negeri ke Makkah

4.Bagaimanakah British mematahkan penentangan Tok Janggut di Kelantan
Tentera - British membawa masuk pasukan tentera dari Negeri-Negeri Selat dengan Kapal Perang H.M.S Codmus
Saring - Mereka memulakan serangan di Saring
Senjata - Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya
Terkorban - Tok Janggut terkorban dalam seranga tersebut
Arak - Mayat Tok Janggut diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebagai amaran kepada masyarakat tempatan

5.Apakah ikhtibar daripada tindakan British terhadap golongan penentang di Kelantan dan Terengganu?
Setia - Menunjukkan semangat setia Negara yang tinggi
Korban - Sanggup berkorban untuk bangsa
Sifat - Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin
Sikap - Sikap disiplin dan gigih berusaha

6.Jelaskan peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap pentadbiran James Brooke di Sarawak.
James - James Brooke bertindak menguasai beberapa daerah di pedalaman Sarawak
Bantah - Menerima bantahan daripada penduduk tempatan
Enggan - Keengganan pemimpin tempatan menyerahkan daerah menyebabkan James Brooke melancarkan serangan
Linggir - Linggir menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar kerana dihalang belayar di Sungai Seribas tetapi tewas
Banting - Banting menentang pelaksanaan undang-undang James Brooke di Hulu Batang Lupar
Rentap - Rentap menentang kerana James Brooke menganggapnya sebagai lanun dan percubaan James Brooke menghapuskan orang Iban
Serang - Rentap bertindak menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir British
Bakar - James Brooke bertindak balas dengan membakar kampung Rentap
Undur - Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan kemudian ke Hulu sungai Entabai
Masahor - Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghafur menentang kerana penguasaan James Brooke di Sungai Rajang,
Kanowit - Syarif Masahor menyerang kubu James Brooke di Kanowit
Kuching - Serangan diteruskan ke Kucing, tetapi gagal

7.Jelaskan perjuangan Linggir di Saribas menentang James
Brooke.
-      enggan menyerahkan wilayahnya
-      walaupun diserang
-      menyerang kapal Nemesis
-      setelah pelayarannya dihalang
-      gagal


8.Jelaskan perjuangan Syarif Masahor menentang James
Brooke di Sarawak.
-      Menolak penguasaan Brooke di Sungai Rajang
-      Hilang pengaruh
-      dan hak kutipan cukai
-      Menyerang kubu di Konawit
-      menyerang Kuching
-      gagal berundur di Brunei
-      dibuang ke Singapura


9.Namakan tokoh yang menjadi pendorong kepada Gerakan Islah
- Sheikh Tahir Jalaluddin
- Syed Syeikh Al- Hadi
- Dr. Burhanuddin Helmy

10.Senaraikan akhbar-akhbar yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyebarkan idea dan perjuangan mereka
- Al-Imam
- Neracha
- Idaran Zaman
- Pengasuh

11.Apakah saranan Kaum Muda untuk memajukan orang Melayu
- Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
- Gesaan memajukan ekonomi, politik, sosial
- Mengkritik raja dan pembesar yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
- Menuntut ilmu
- Mempelajari tawarikh atau sejarah

12.Mengapakah Gerakan Islah tidak dapat bergerak dengan berkesan di Negeri-Negeri Melayu?
- Negeri-negeri Melayu mengeluarkan undang-undang yang tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah tanpa kebenaran sultan
- Negeri-negeri Melayu tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Negeri Negeri Melayu

13. Nyatakan isu-isu yang di ketengahkan dalam majalah antara tahun 1920an hingga 1940an.
Pendidikan - Menggalak dan memajukan pendidikan termasuk kaum wanita
Maju - Memajukan bahasa dan sastera Melayu
Ilmu - Memperluas ilmu dalam semua bidang
Perpaduan - Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu
Sopan - Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya timur
Taraf - Memajukan taraf hidup orang Melayu
Cinta - Meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajah

14. Jelaskan mesej yang disampaikan oleh penulis melalui novel-novel sekitar tahun 1930an dalam usaha untuk membangkitkan semangat kebangsaan.
Perjuangan - Memaparkan semangat perjuangan menentang penjajah
Sumbangan - Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka
Inspirasi - Menggunakan sejarah sebagai inspirasi
Penjajah - Semangat berjuang menentang penjajah oleh anak muda tempatan
Warisan - Menghargai warisan bangsa sendiri
Cinta - Mencintai tanahair
Maruah - Menolak kesenangan demi maruah bangsa
Wira - Semangat wira pemuda tempatan
Bangga - Berasa bangga dengan kebolehan sendiri
Menolak - Gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa
Kebebasan - Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupan
Moden - Wanita yang mementingkan kehidupan moden
Negatif - Membuang pandangan negatif


15. Bincangkan peranan akhbar sebagai agen yang membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan
penduduk Tanah Melayu.
Kritik - Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu
Tinggi - Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
Syarikat - Menggalakan syarikat kerjasama
Perempuan - Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
Pembesar - Mengkritik para pembesar dan raja –raja Melayu
Jimat - Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
Kurang - Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan
Kampung - Meminta British mengadakan kampung khas orang Melayu di Kuala Lumpur
Tabung - Galak tabungan di kalangan orang Melayu
Khidmat - Melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan (M.A.S.)
Inggeris - Mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris
Sekolah - Meminta taraf sekolah Melayu diperbaiki
Tanah - Larang orang Melayu jual tanah
Bahasa - Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Politik - Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan
Nilai - Mengekalkan nilai baik masyarakat Melayu
Perniagaan - Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
Kasih - Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan

16. Mengapakah gerakan nasionalisme semasa pendudukan Jepun menghadapi tekanan?
Tentera - Jepun menjalankan dasar pemerintahan ketenteraan
Sekat - Pemerintah Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk tempatan
Bawah - Jepun hanya memberi kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya dan diletakkan di bawah pengawasannya

17. Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme penduduk tempatan semasa pendudukan Jepun sehingga 1945.
MPAJA - PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun
Sokong - Organisasi ini disokong oleh British yang memberikan bantuan senjata
Gerila - Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun
Bintang - Pasukan Bintang Tiga turut ditubuhkan dan ahlinya terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India
Force – Orang Melayu menubuhkan Force 136 dan ahlinya terdiri Pegawai Tadbir Melayu
Kerjasama – Mereka bekerjasama dengan tentera British
Gerak – Pasukan ini bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah., Johor dan Pahang
Wataniah – Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela menentang Jepun
Anggota – Anggota terdiri daripada guru. Pegawai tadbir dan orang kampong

BAB 3 (SEJARAH TG 5)

1.    Nyatakan ciri-ciri warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan dalam kerajaan Johor ,Perak,dan Pahang
Sultan - Pemerintahan di negeri Johor,Perak dan Pahang menggunakan gelaran sultan pada awal nama masing-masing mencontohi sultan Melaka.
Waris - Sistem pewarisan takhta bagi negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
Putera - Putera sulung Sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta Kerajaan
Adik - Sekiranya Sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta tersebut
Asas - Kerajaan Johor,Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
Empat - Negeri Johor,Perak dan Pahang mengamalkan system pembesar empat lipatan seperti yang diamalkan di Melaka.
Gelaran - Perbezaan hanya dilihat dari segi gelaran sahaja yang disesuaikan mengikut kesesuaian dan perubahan semasa.
Kitab - Kitab undang-undang bagi Johor , Perak dan Pahang

2.Berdasarkan peribahasa di atas, jelaskan unsur demokrasi dalam proses pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan.
YDB - Yang Dipertuan Besar tidak mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran negeri kerana tidak berhak melantik pembesar.
Lantik - Pelantikan pembesar dibuat mengikut peringkat yang paling bawah
Agih - Kuasa pemerintahan diagihkan di kalangan pemimpin mengikut peringkat
Anak - Anak buah merupakan unit politik terkecil dan berhak melantik buapak
Buapak - Buapak melantik Lembaga
Lembaga - Lembaga melantik Undang
Undang - Undang melantik Yang Dipertuan Besar
Muafakat - Sesuatu keputusan Yang Dipertuan Besar dibuat melalui muafakat dengan undang

3.       Jelaskan peranan Yang Dipertuan Besar
Raja - YDB dianggap sebagai raja yang memerintah alam
Tertinggi - Merupakan pemerintah tertinggi dalam negeri
Keadilan - Baginda merupakan lambang keadilan
Agama - Baginda sebagai ketua agama Islam
Lambang - Lambang perpaduan
Lantik - Baginda tidak berhak melantik pembesar.


4.Jelaskan bidang tugas Sistem Jemaah Menteri di Kelantan.
Bidang tugas sistem Jemaah Menteri di Kelantan ialah
-      Jemaah Menteri Luar mengurus dasar luar
-      Jemaah Menteri Dalam Negeri menjaga keamanan
negeri
-      Jemaah Menteri Peperangan mengurus pertahanan
-      Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman urus keadilan
dan kehakiman
-      Jemaah Menteri Perbendaharaan mengurus harta
benda
-      Jemaah Menteri Istana menguruskan istiadat diraja

5.Apakah kesan penubuhan Sistem Jemaah Menteri di
Kelantan?
Kesan penubuhan Sistem Jemaah Menteri di Kelantan
ialah
-      keamanan negeri
-      kesetiaan rakyat dan pembesar
-      perpaduan rakyat
-      kemakmuran negeri
-      kuasa sultan kukuh
-      pentadbiran mantap


BAB 4 (SEJ TG 5)
1.Berikan sebab British memperkenalkan Malayan Union
- Persediaan membentuk kerajaan sendiri
- Melahirkan pentadbiran licin
- Mengawal kuasa politik orang Melayu
- Menjimatkan kos pentadbiran
- Membentuk Malayan Union
- Memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut

2.Nyatakan prinsip kerakyatan jus soli dalam Malayan Union
- Lahir di Tanah Melayu dan Singapura
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Bermastautin selama 10 hingga 15 tahun
- Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara turut
diberikan kerakyatan
- Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi rakyat Malayan Union

3.Namakan akhbar yang membantah Malayan Union
- Utusan Melayu
- Warta Negara
- Majlis


4.    Jelaskan sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union 1946.
Cara - Orang Melayu membantah cara Sir Harold MacMicheal mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu
Baharu - Orang Melayu menganggap keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk membuat pembaharuan
Hakis - Menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu
Peribumi - Pemberian kerakyatan yang longgar mengancam status quo orang Melayu sebagai Peribumi
Warisan - Bimbang kehilangan warisan yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka

5.    Nyatakan sebab-sebab orang dagang menyokong Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946.
Satu - Bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran
Sama - Menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu
Rakyat - Kerakyatan terbuka disokong kerana dapat mengekalkan kerakyatan asal
Janji - Mempercayai janji British untuk memberi kemerdekaan
Feudal - Menghapuskan sistem feudal Melayu, tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu
Republik - Konsep Republik seperti di Indonesia
Konsep - Konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan

6.Apakah iktibar daripada penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
- Menyatukan orang Melayu untuk mempertahankan status quo mereka
- Kepentingan penubuhan organisasi kebangsaan bagi menyatukan orang Melayu seperti UMNO
- Perlu sikap tegas orang Melayu dalam membuat penentangan
- Kepentingan golongan pemimpin berwibawa seperti Dato’ Onn Jaafar
- Mengamalkan sikap sederhana dalan sesuatu perjuangan
- Mengadakan rundingan dalam menyelesaikan sesuatu masalah

7.Apakah syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Malayan Union 1946?
Gabenor - Diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England
Majlis - Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan dibentuk
Singapura - Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai pelabuhan bebas
Jus Soli - Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union
Raja - Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
Pesuruhjaya - Pesuruhjaya Negari dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir

8.Huraikan cara orang Melayu menentang Malayan Union.
Akhbar - Akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara menyuarakan bantahan
Demontrasi - Demonstrasi secara damai apabila Sir Harold MacMicheal mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu, berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Kedah
Persatuan - Persatuan Melayu dihidupkan semula
Telegram - Persatuan menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
U.M.O - Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) pada 23 Januari 1946
Kongres - Kongres Melayu di Kelab Sultan Sulaiman dihadiri 41 buah persatuan pada 1 hingga 4 Mac 1946
UMNO - Kongres Melayu bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO)
Bantah - Kongres Melayu kedua pada 30 hingga 31 Mac 1946 membantah pengisytiharan Malayan Union
Rapat - Mengadakan rapat umum di setiap bandar untuk menunjukkan bantahan kepada ahli parlimen British
Kumpul - Raja Melayu berkumpul di Kuala Lumpur pada 28 April 1946 menyatakan bantahan kepada ahli Parlimen British
Kabung - Berkabung selama tujuh hari
Pulau - Raja-raja Melayu memulau upacara perlantikan Gabenor
Jawatan - Orang melayu memulau perlantikan jawatan dalam Malayan Union


BAB 5 (SEJ, TG 5)

1. Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955 telah diberi mandat untuk membentuk kerajaan.
Apakah manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya tersebut?
Merdeka - Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun
Pendidikan - Mewajibkan pendidikan
Awam - Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
Asasi - Memelihara dan menjaga hak asasi manusia
Raja - Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan

2. Apakah kesan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya tersebut?
Ketua - Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri yang pertama
Kabinet - Tunku Abdul Rahman membentuk kabinet
Kaum - Pembahagian anggota kabinet terdiri daripada pelbagai kaum
Fungsi - Kabinet ini berfungsi sehingga kemerdekaan dicapai

3.Terangkan usaha Parti Perikatan untuk mencapai kemerdekaan negara.
Rombongan - Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London
Serta - Rombongan disertai oleh Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein dan Kolonel H.S.Lee
Pengerusi - Rundingan tersebut dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd
Langsung - Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari
Suruhanjaya - Dalam rundingan tersebut, sebuah suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan yang dibentuk
Setuju - British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Isytihar - Tunku Abdul Rahman telah membuat pengisytiharan kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka

4. Parti Perikatan telah mengadakan rundingan ke London pada tahun 1956 untuk mengadakan perbincangan.
Nyatakan tujuan rombongan tersebut.
- Berunding dengan British bagi mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

5.Siapakah yang mempengerusikan rundingan tersebut?
- Lord Lennox-Boyd ( Setiausaha Tanah Jajahan British )

6.Senaraikan pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut.
- Wakil Parti Perikatan
- British

7.Nyatakan hasil rombongan tersebut.
- Suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka akan dibentuk
- British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957

8.Apakah iktibar yang diperoleh daripada rundingan tersebut?
- Sokongan pelbagai kaum
- Pembentuk permuafakatan politik Persekutuan Tanah Melayu
- Kerjasama mengadakan Pakatan Murni
- Usaha gigih tokoh-tokoh politik pelbagai kaum
- Perpaduan dalam pilihanraya yang diadakan

9.Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British
pada 15 Ogos 1957.
Jelaskan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tersebut.
Bentuk - Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan
Senarai - Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
Raja - Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan
Kerakyatan - Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi
JS - Prinsip jus soli diterima
Istimewa - Kedudukan istimewa orang Melayu dikekal
Islam - Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
TSM - Tanah Simpanan Melayu dikekal kan
BM - Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
YDA - Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara
Demokrasi - Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara di bawah kuasa parlimen
MB - Peringkat negeri Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran
EXCO - Menteri Besar dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO

10.Negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan cara yang unik. Jelaskan.
Wibawa - Diusahakan oleh para pemimpin yang berwibawa
Bijak - Kebijaksanaan pemimpin menyebabkan kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah
Sikap - Sikap bekerjasama antara kaum
Runding - Sentiasa mengutamakan perundingan
Sepakat - Kata sepakat telah dijadikan pendekatan

11.Terangkan peranan pemimpin kaum Cina dan India untuk mencapai kemerdekaan.
HSL - H. S. Lee merupakan tokoh MCA yang memulakan kerjasama antara kaum
Idea - Beliau mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan
MCA - M C A bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan
TCL - Tan Cheng Lock sebagai presiden MCA penyokong Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan
Tun V.T - Bagi orang India, sumbangan dalam menuntut kemerdekaan ditunjukkan oleh wakilnya Tun V.T. Sambathan
MIC - Beliau merupakan presiden MIC yang bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan
Sokong – Beliau menyokong dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
Setia – Menyeru kaum India memberikan kesetiaan

BAB 6 (SEJ. TG5)

1.Idea penubuhan Malaysia telah dicadangkan oleh tokoh-tokoh berikut;
- X - Lord Brassey
- Y - Malcolm Mac Donald
- Lim Yew Hock
- David Marshall

2.Apakah faktor politik yang menyebabkan pembentukan Malaysia?
- Ancaman komunis
- Mempercepatkan kemerdekaan
- Proses dekolonisasi kerajaan British terhadap negara kecil

3.Mengapakah idea penggabungan Singapura oleh Lee Kuan Yew pada awalnya ditolak oleh Tunku
Abdul Rahman
- Akan berlaku ketidakseimbangan penduduk

4.Terangkan fakor-faktor pembentukan Malaysia dari
segi politik dan ekonomi.
Faktor pembentukan Malaysia dari segi politik
Bimbang - Bimbang perkembangan pengaruh Barisan Sosialis
PR - Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada April 1961
Lemah - Pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti kepimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP)
Gugat - Ini mengugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura
Kiri - Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai gerakan berhaluan Kiri
Komunis - Ancaman komunis menjadi faktor pembentukan Malaysia
Pengalaman - Persekutuan Tannah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membenteras pengaruh Parti Komunis Malayaya (PKM)
Sarawak - Clandestint Communist Organization (CCO) bematlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
Benteng - Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan menjadi benteng bagi menghadapi ancaman kominis.
Merdeka - Memepercepatkan kemerdekaaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
Dekolonisasi - Proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
PBB - Pertubuhab Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 Menimbulkan usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.

5.Faktor pembentukan Malaysia dari segi Ekonomi
Pasaran - Mewujudkan pasaran bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industry pertanian
Keistimewaaan - Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanafaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini
Mentah - Tanah Melayu, Sarawak dan Brunie kaya dengan bahan mentah, Sabah mempunyai balak
Brunei - Brunei kaya dengan sumber minyak


6.Bgaimanakah pembentukan Malaysia dapat mengukuhkan ekonomi di kalangan negara anggota?
- Pasaran yang lebih luas
- Memanfaat keistimewaan sumber kekayaan bahan mentah
- Mengalakkan pelaburan
- Menggalakkan perkembangan industry

7.Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) yang ditubuhkan pada tahun 1961 merupakan usaha ke arah pembentukan Malaysia.
Senaraikan keanggotaan JPPK.
- Wakil Persekutuan Tanah Melayu
- Wakil Singapura
- Wakil Sabah

8.Apakah peranan Jawatankuasa tersebut?
- Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
- Mengumpul pandangan penduduk
- Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia

9.Nyatakan usaha-usaha Tunku Abdul Rahman ke arah pembentukan JPPK.
- Lawatan ke Sarawakdan Sabah
- Lawatan ke Brunei
- Menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
- Berunding antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawaipegawai
British dari Sarawak, Sabah dan Singapura

10.Apakah hasil daripada penubuhan JPPK.
- Terbentuknya Suruhanjaya Cobbold

11.Suruhanjaya Cobbold dianggotai oleh tiga orang pegawai
British dan dua orang rakyat tempatan
Senaraikan pihak yang menganggotai Suruhanjaya di atas.
- Pegawai British
- Rakyat tempatan


12.Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold?
- Meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak atas gagasan Malaysia
- Membuat penilaian mengenai pendapat penduduk
- Mengemukakan cadangan mengenai pandangan penduduk kepada pihak British

13.Nyatakan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya tersebut.
- Satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tanpa syarat
- Satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia dengan syarat kepentingan mereka dilindungi
- Satu per tiga lagi mahukan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia

14.Apakah cadangan Suruhanjaya tersebut?
- Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
- Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
- Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
- Penentuan tarikh penubuhan Malaysia
- Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

15.Secara kronologi, huraikan peristiwa pembentukan Malaysia.
Jun 1961 - Tunku Abdul Rahman membuat lawatan ke Sarawak, Sabah dan Brunei menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
Julai 1961 - Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK)
Jan 1962 - Penubuhan Suruhanjaya Cobbold oleh kerajaan British
Feb 1962 - Ahli JPPK sepakat mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold tantang pendapat Sarawak dan Sabah
Jun 1962 - Laporan Suruhanjaya Cobbold diterbitkan Filipina menuntut hak terhadap Sabah
Ogos 1962 - Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan
Dis 1962 - Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963
Jan 1963 - Indonesia mengisytiharkan konfrantasi dengan dasar Ganyang Malaysia
Julai 1963 - M A P H ILINDO ditubuhkan iaitu gabungan Malaysia, Indonesia dan Filipina
Perjanjian Malaysia ditandatangani di London Ogos 1963
- Wakil PBB di hantar ke Sarawak dan Sabah meninjau pendapat Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia
14 Sept. 1963 - Laporan PBB disiapkan
16 Sept. 1963 - Pengisytiharan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Sarawak, Sabah dan Singapura



BAB 7 (SEJ TG 5)

Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen semenjak negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
1. Nyatakan ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia
- Raja Berperlembagaan
- Pilihan raya dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
- Pembentukan Kerajaan melalui pilihan raya
- Rakyat bebas menyokong dan memilih perwakilan melalui pilihan raya
- Kebebasan menubuhkan parti politik

2.Apakah maksud perlembagaan?
Tinggi - Undang-undang tertinggi
Asas - Menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan
Dokumen - Dijadikan dokumen rasmi
Peraturan - Terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan bagi melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara
Hala - Parti politik yang memerintahan akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara
Badan Kehakiman (Juidisiari) mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah

3.Apakah maksud perkara sivil dan jenayah?
- Perkara sivil berkaitan dengan saman yang biasanya memerlukan afidavit
- Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan


4.Jelaskan kepentingan perlembagaan
Stabil - Menjamin kestabilan sesebuah negara
Rangka - Menentukan rangka pentadbirannya
Jamin - Membantu menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan
Panduan - Panduan bagi pemimpin semasa memerintah bagi menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat
Taat - Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap negara
Patriotisme - Memupuk semangat patriotisme
Lucut - Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya
Bukti - Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang warganegaraan boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini
Asasi - Menjamin hak asasi kebebasan beragama dan memiliki harta
YDA - Dalam perkara 153 memperuntukan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa
Kerjasama - Menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Rujukan - Menjadi rujukan pertama dalam penggubalan pertama dalam penggubalan undangundang persekutuan dan negeri
Selaras - Sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan
Canggah - Perlembagaan negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
Istimewa - Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan
Sabah tidak dipersoalkan

5.Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Antara pindaan yang paling penting ialah Akta
Hasutan 1970.
Apakah tujuan Parlimen meluluskan pindaan perlembagaan?
Pindaan Perlembagaan dibuat untuk
Lindung - Melindungi kepentingan rakyat
Selamat - Menjaga keselamatan negara
Licin - Melicinkan urusan pentadbiran negara
Relevan - Dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa
Munasabah - Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah
Patuh - Kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati
Sensitif - Dipinda bagi melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti hal pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu


6.Jelaskan cara bagaimana pindaan perlembagaan dibuat.
Kaedah Pertama
MRR - Persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis
Raja-Raja
Perkara pindaan
Kuasa - Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu
Warganegara - Kewarganegaraan
YDA - Keutamaan Yang di-Pertuan Agong
Permaisuri - Raja Permaisuri, raja-raja dan Yang Dipertua Negeri
Istimewa - Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah
Sempadan - Perubahan sempadan negeri
Kaedah Kedua
YDN - Persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang
Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah
Perkara pindaan
Mahkamah - Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah
Negeri - Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang
yang bukan dari Sarawak dan Sabah (Akta Imigren 1961)
Perundangan - Perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak istimewa
orang Melayu dan bumiputera di Sawak dan Sabah

Kaedah Ketiga
Parlimen - Persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen
Perkara pindaan
Tiga - Perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan

Kaedah Keempat
Lebih - Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen
Perkara pindaan
Sempadan - Hal kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya
Perkara 74 - Perkara 74 – Parlimen boleh meminda undang-undang mengenai perkara dalam
Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dewan Undangan Negeri boleh meminda hal berkaitan dengan Senarai Negeri dan Senarai Bersama
Perkara 76 - Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan
pelaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan
negara lain


7.Apakah maksud Raja Berperlembagaan?
Peruntukan - Pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
Tindak - Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia
Nasihat - Atas nasihat Perdana Menteri
Sendiri - Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian
Budi - Kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan
Pilih - Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan orang Raja Melayu dari Sembilan negeri Melayu secara bergilir-gilir
Ikut - Pemilihan mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia


8.Huraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Ketua - Mengetuai Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintahan (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari)
Bubar - Kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen
Senjata - Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
Ampun - Berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
Pelihara - Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
Mesyuarat - Menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu
Islam - Merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
PM - Melantik Perdana Menteri
JM - Melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri
Darurat - Mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam
Pengerusi - Melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan
Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Peguam - Bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan
Tauliah - Mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita
Gelaran - Memberi anugerah dan gelaran kepada tokoh-tokoh yang berjasa
Jelaskan bidang kuasa Badan Kehakiman?
- Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan
- Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan pelaksana
- Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan
- Berkuasa mentafsir Perlembagaan Negeri


Senaraikan bidang kuasa Mahkamah
- Kuasa mentafsirkan perlembagaan Negara
- Mentafsirkan undang-undang
- Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
- Mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undangundang


Mengapa hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik?
- Supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik
- Menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang

Parlimen bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.
Senaraikan jenis undang-undang yang digubal di negara kita.
Akta - Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta
Enakmen - Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen
Ordinan - Sabah dan Sarawak dinamai Ordinan

Terangkan keahlian Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Keahlian Dewan Rakyat
Pilih- Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum
Wakili - Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihanraya
di seluruh Negara
Tempoh - Tempoh jawatan bagi ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun
Tugas - Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada
peringkat Dewan Rakyat
Keahlian Dewan Negara
Lantik - Ahlinya dilantik oleh Yang di – Pertuan Agong
69 - Mengandungi 69 orang ahli
Negeri - 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri
DUN - Dipilih oleh DUN daripada bukan kalangan ahli DUN
Wilayah - Dua orang ahli dilantik oleh YDPA mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
WP Labuan
Sumbangan - 40 ahli dilantik oleh YDPA terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan
cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional, bidang perniagaan,
perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan
Minoriti - Mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli

9.Nyatakan ciri-ciri Dewan Negara.
Ciri-ciri Dewan Negara ialah
-      dewan tertinggi
-      mengandungi 69 orang ahli
-      40 ahli dilantik Yang di-Pertuan Agong
-      Ahli digelar Senator
-      tempoh keanggotaan 3 tahun
-      berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
-      taraf sama dengan Ahli Parlimen
-      boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri


10.Nyatakan ciri-ciri Dewan Rakyat.
Ciri-ciri Dewan Rakyat ialah
-      ahlinya dipilih rakyat dalam pilihan raya
-      mewakili kawasan pilihan raya
-      tempoh keanggotaan lima tahun
-      tugas menggubal undang-undang
-      berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
-      mengandungi 219 orang ahli


11.Nyatakan proses penggubalan undang-undang oleh Parlimen.
Proses penggubalan undang-undang oleh Parlimen ialah

-      cadangan oleh kementerian
-      rang undang-undang oleh Peguam Negara
-      bacaan pertama di Dewan Rakyat bagi baca tajuk
-      bacaan kedua di Dewan Rakyat dibahaskan
-      perbincangan terperinci oleh Jawatankuasa di Dewan
Rakyat
-      Fbacaan ketiga di Dewan Rakyat. Dibahaskan semula
dan diluluskan
-      pembentangan di Dewan Negara
-      diperkenankan oleh YDA
-      pewartaan dalam Warta Kerajaan


12.Jelaskan ciri-ciri badan pelaksana.
Ciri-ciri badan pelaksana ialah
-      pembuat dasar tertinggi negara
-      terdiri daripada Jemaah Menteri /Kabinet
-      diketuai Perdana Menteri
-      Menteri mengetuai kementerian
-      Menteri dibantu oleh Timbalan Menteri
-      KSN mengawasi perjalanan kementerian
-      kakitangan awam melaksanakan dasar kerajaan


BAB 8 (SEJ TG 5)

1.Apakah tujuan Rukun Negara dibentuk?
Tujuan Rukun Negara dibentuk ialah
-      mengukuhkan perpaduan
-      memelihara hidup diplomatik
-      mencipta masyarakat yang adil
-      menjamin sikap liberal terhadap tradisi budaya
-      membina masyarakat yang menggunakan sains dan
-      teknologi


2.Nyatakan lima prinsip Rukun Negara.
Lima prinsip Rukun Negara ialah
-      Kepercayaan kepada Tuhan
-      Kesetiaan kepada raja dan negara
-      Keluhuran perlembagaan
-      Kedaulatan undang-undang
-      Kesopanan dan kesusilaan

3.Jelaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Prinsip-prinsip Rukun Negara ialah
-      kepercayaan kepada Tuhan
-      agama Islam agama rasmi tetapi agama lain boleh
-      diamalkan
-      kesetiaan kepada raja dan negara
-      rakyat setia kepada raja dan negara
-      keluhuran perlembagaan
-      perlembagaan undang-undang utama
-      kedaulatan undang-undang
-      rakyat mesti hormati undang-undang

4.Dasar Pendidikan Kebangsaan
(sebelum merdeka)
• 1950 – Laporan Barnes
• 1951 – Laporan Fenn - Wu
• 1952 - Ordinan Pelajaran
Senaraikan cadangan Laporan Barnes
- Semua sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan
- Gantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, sekolah kebangsaan
- Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada peringkat rendah
- Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada peringkat menengah dan tinggi

5.Apakah reaksi masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes?
- Anggap bahasa ibunda mereka akan tergugat
- Mencadangkan sekolah vernakular Cina terus kekal

6.Apakah cadangan Ordinan Pelajaran 1952?
- mencadangkan dua system persekolahan
- menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
- pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika ada permintaan
- bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris
- Bahasa Inggeris wajib diajar di sekoah Melayu

7.Mengapakah Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan?
- Tentangan masyarakat Cina dan India
- Kekurangan kewangan
- Ancaman penganas komunis



8.Apakah cadangan yang dikemukakan dalam Penyata Razak
1956?
Cadangan yang dikemukakan dalam Penyata Razak 1956
ialah
-      sekolah umum rendah menggunakan bahasa Melayu
-      sekolah jenis umum rendah menggunakan bahasa
-      Inggeris, Tamil dan Cina
-      sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa
-      Melayu
-      sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa
-      Inggeris
-      bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diajar di semua
-      sekolah
-      Kurikulum diseragamkan

9.Jelaskan perkara-perkara yang disyorkan dalam Laporan Rahman Talib.
Kebangsaan - Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum pula dijadikan sekolah jenis kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum
Percuma - Menyediakan pelajaran percuma kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama
BI - Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar ditukar kepada bahasa Melayu
BM - Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Menengah - Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menengah
Islam - Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam
Cina - Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurangkurangnya
15 orang pelajar
Periksa - Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
Aneka - Mendirikan sekolah aneka jurusan


10.Apakah matlamat Wawasan 2020?
- Menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan menggunakan acuan sendiri agar setanding negara maju di dunia
- Mencapai kemajuan bersepadu yang tidak menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata

11.Senaraikan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020.
- Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
- Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
- Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
- Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
- Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
- Membina masyarakat yang maju dan saintifik
- Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
- Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
- Memupuk dan membina masyarakat makmur

12.Bagaimanakah Malaysia boleh menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020?
- Perpaduan rakyat
- Kestabilan politik
- Ketinggian taraf hidup
- Kekukuhan nilai moral dan etika
- Kekukuhan sistem kerajaan
- Ketinggian maruah bangsa
- Semangat yakin diri bangsanya

13.Sebagai warganegara Malaysia, apakah sumbangan anda untuk merealisasikan Wawasan 2020?
- menyahut sembilan cabaran utama
- meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin –pemimpin negara terdahulu
- terus mengekalkan kemajuan negara kita

BAB 9 (SEJ TG 5)

1.Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 1989.
Namakan blok dunia yang terlibat dalam Perang Dingin.
- Blok kapitalis
- Blok komunis

2.Nyatakan sebab yang mencetuskan Perang Dingin.
- Kebuntuan dalam siri rundingan penyelesaian Perang Dunia Kedua
- Timbul bibit perpecahan
- Kemunculan blok dunia


3.Apakah dasar yang diamalkan oleh Negara-Negara Dunia Ketiga semasa Perang Dingin?
- Tidak bersekongkol dengan mana-mana blok sama ada blok komunis atau blok kapitalis
- Mengamalkan sikap berkecuali

4.Apakah kesan daripada tercetusnya Perang Dingin
- Pembentukan blok dunia
- Penubuhan NATO
- Penubuhan Pakatan Warsaw
- Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)
- Perlumbaan senjata


5.Nyatakan faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
Faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia ialah
-      faktor sejarah
-      Melaka pernah berdagang dengan China
-      mengamalkan dasar pro-Barat dan anti komunis
-      faktor ekonomi
-      mengamalkan pasaran bebas
-      faktor politik
-      mengamal prinsip demokrasi berparlimen
-      Malaysia berpegang kepada prinsip keamanan sejagat





6.Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan pada bulan September 1961.
Namakan dua negara anggota baru yang didaftarkan pada Sidang Kemuncak NAM Ke-13 di Malaysia.
- Timur Leste
- Pulau Catalina

7.Apakah matlamat penubuhan NAM?
- Mengekalkan keamanan dunia
- Tidak menyokong blok Barat atau blok komunis

8.Mengapakah Malaysia menganggotai NAM.
- Pertukaran Dasar Luar Malaysia daripada dasar pro-Barat dan antikomunis kepada dasar
berbaik- baik dengan semua negara

9.Senaraikan prinsip perjuangan NAM.
- Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
- Menghormati kedaulatan sesebuah negara
- Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan
persefahaman
- Menghormati hak asasi manusia

10.Negara-Negara Selatan mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang ekonominya.
Berikan nama lain bagi Negara-Negara Selatan.
- Negara-Negara Dunia Ketiga
- Negara-Negara Sedang Membangun

11.Apakah tujuan penubuhan Negara-Negara Selatan?
- Mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah
- Meningkatkan kerjasama ekonomi
- Meningkatkan kerjasama teknikal
- Tidak bergantung kepada negara-negara maju

12.Senaraikan projek yang dirancang oleh Negara-Negara Selatan.
- Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
- Penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC)
- Penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP)
- Kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

13.Mengapakah Negara-Negara Selatan bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah?
- Tidak mempunyai kepakaran
- Tiada modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap
- Kawalan terhadap harga bahan mentah
- Tidak mempunyai kepakaran
- Tidak mempunyai kepakaran

14.Nyatakan matlamat Piagam PBB
- Menjamin keamanan dan keselamtan dunia
- Menggalakakn hubungan berbaik-baik antara Negara angota
- Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa
- Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
- Menjadi pusat mengharmonikan tindakan Negara-negara anggota

15.Apakah peranan Malaysia dalam Pertubuhan OIC?
- Tuanku Abdul Rahman pernah menjadi Agung
- Menjadi perantara menyelesaikan peperangan Iran –Iraq
- Beri sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mendapatkan semula tanah air daripada Israel
- Menjadi tuan rumah Persidangan OIC
- Menganjurkan persidangan menentang penmgganas di kalangan negarra Islam
- Tawaran biasiswa kepada pelajar dari Negara OIC yang belajar di UIA
- Mengesyorkan penggun aan dinar emas di kalangan Negara Islam untuk urusan perdagangan

16.Terangkan faedah-faedah yang diperoleh oleh Malaysia dengan menganggotai OIC.
TAR - Menerima pengikhtirafan Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC
Tuan - Menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan OIC di Putrajaya pada tahun 2003
Pinjaman - Mendapat pinjaman dari Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projekprojek pembangunan untuk kepentingan rakyat
UIAM - OIC memberi bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM

17.Terangkan sumbangan Malaysia setelah menganggotai Pergerakan Negara Berkecuali .
Usul - Membuat beberapa usul bagi membela kepentingan Negara-negara
sedang Membangun dalam siding Kemuncak Ketujuh di New Delhi pada tahun 1987
Isu - Malaysia membangkitkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika
Hapus - Mengemukakan cadangan bagi menghapuskan dasar apartied di Afrika Selatan dalam Sidang kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe).
Hormat - Malaysia diberikan penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia pada tahun 1989.
Lantik - Dilantik sebagai ahli kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik Negara anggota.
Tuan Rumah - Berjaya menjadi tuan rumah kepada sidang Kemuncak yang ke 13 pada tahun 2003 .
Daftar - Sidang Kemuncak ini berjaya mendaftarkan dua Negara anggota baru iaitu Timur – Ieste dan Pulau Catalina
Anjur - Sidang in berjaya menganjurkan satu mesyuarat tidak rasmi OIC
Deklarasi - Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan penyertaan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

18.Terangkan ciri-ciri Negara –negara Komanwel
Bekas - Negara anggota terdiri daripada Negara bekas tanah jajahan Britian yang telah merdeka
Anggota - Negara anggota terdiri daripada 54 buah Negara maju dan Negara sedang membangun
Sekretariat - Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan pada tahun 1965
Ibu pajabat - Beribupejabat di London
CHOGM - Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) diadakan di kalangan negara anggota setiap dua tahun
BI - Penggunaan bahasa Inggeris di kalangan Negara-negara anggota
Sistem - Sistem kerajaan dan pentadbiran mengikut system British
Setaraf - Semua ahli Komanwel di anggap setaraf
Ketua - Raja Britian sebagai Ketua Komanwel
Undang - Sistem perundangan dan kehakiman berasaskan system British

19.Jelaskan faedah yang diperolehi Malaysia sebagai anggota Komanwel
Bantu - Negara anggota membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan Negara dalam bentuk menyekat perjuangan PKM
Pertahanan - Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britian, Australia dan Nnew Zealand akan mempertahankan Negara sekiranya diserang oleh musuh luar
Konfrantasi - Bantuan pertahanan semasa Malaysia berkonfrantasi dengan Indonesia
Cukai - Eksport Malaysia ke Negara-negara anggota terutamanya Britian, dikenakan cukai yang rendah
Rac Colombo - Menerima bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan yang disediakan dalam Rancangan Colombo
Sukan - Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998
Tuan Rumah - Menjadi tuan rumah Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 di Kuala Lumpur
Deklarasi - Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
Apartied - Bersuara menentang dasar Apartied di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia


PEPERIKSAAN   BUKAN  SATU  MASALAH 
TETAPI  SATU  PELUANG.


Khusus kepada semua calon SPM 2011
terutama anak didik - di SMK St Thomas.
Semoga anda semua berjaya, .



No comments: